Bukan sahaja manusia, matawang pun ada jangka hayat tau! Purata jangka hayat matawang adalah 27 tahun dengan jangka hayat terpendek adalah 1 bulan.
Menurut hasil kajian yang dibuat oleh DollarDaze.org, sebanyak 775 mata wang kertas telah dicipta setakat ini di seluruh dunia.
Matawang Pound Sterling British hari ini cuma bernilai 12 auns perak
20% daripada matawang ini gagal disebabkan hiperinflasi, 21% dihapuskan melalui peperangan, 12% terhapus semasa proses kemerdekaan, 24% mengalami proses reformasi dan hanya 23% yang masih digunakan dan bakal menghampiri salah satu daripada beberapa musibah yang dinyatakan.
Tetapi, Pound Sterling British berusia 325 tahun dan dikira mata wang yang paling berjaya setakat ini. Walaupun begitu, nilai mata wang Pound Sterling British hari ini cuma bernilai 12 auns perak, iaitu 0.5% daripada nilai asalnya.
Bayangkan mata wang yang paling berjaya pun boleh kehilangan sebanyak 99.5% daripada nilai asalnya, inikan pula nilai mata wang lain?
Sebenarnya tak perlu persoalkan segala jenis teori konspirasi pun. Sejarah dunia memang telah membuktikan bahawa matawang kertas berisiko jatuh kepada nilai kosong pada bila-bila masa.
Bahkan, ramai pakar kewangan dunia mengatakan kadar penurunan nilai mata wang akan berlaku tanpa henti saban tahun.
Sebab itu kita perlu membuat perlindungan kepada kekayaan kita hari ini dengan membeli aset kalis inflasi seperti emas. Nilai emas terbukti kekal dari zaman dulu sehingga kini.
Menabung emas tidak akan menjadikan kita kaya segera tapi akan memstikan kita untuk tidak jatuh miskin dengan tiba-tiba.
Lagipun, sekarang dah ada platform nak menabung serendah RM100 jer! Menabung emas sikit-sikit, lama kelamaan emas menjadikan kita tak miskin.
Info lanjut sila hubungi saya di https://www.wasap.my/601119697894/Emas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Artikel ini disediakan oleh rangkaian G100 Network di bawah bimbingan Tuan Zulkifli Shafie dan diolah semula oleh penulis.