Hari ini 14 April 2023, harga emas Public Gold mencecah RM311/gram. Ini merupakan harga emas tertinggi dalam sejarah Malaysia.
Berbanding dengan harga emas pertama yang saya beli pada tahun 2014. Harga emas ketika itu hanya RM140/gram!
Peningkatan sebanyak 122% dalam masa 9 tahun atau purata kenaikan 13% setahun!

Sekarang kita lihat sejarah harga emas di Malaysia melalui platform TradingView.

Harga emas ada turun naik tetapi untuk jangka masa panjang, harga emas menunjukkan peningkatan yang memuaskan.
Jika anda perasan, sekitar tahun 2012-2015 harga emas menunjukkan penurunan. Sebab itu sangat digalakkan untuk simpan emas secara konsisten dalam jangka masa yang panjang(3 tahun ke atas).
Apa tunggu lagi, jom simpan emas!