Pada suatu masa, penyimpan emas mesti ada dilema nak pajak atau jual emas.
Jika dahulu orang pergi ke Ar – Rahnu nampak seperti terdesak hendak memakai duit. Kini pergi ke Ar-Rahnu bukan lagi sesuatu yang mengaibkan.
Mungkin apa yag dicagarkan itu adalah untuk membeli aset yang lebih besar seperti hartanah.
Jika memerlukan wang untuk hal yang berkepentingan dalam masa sekejap. Emas yang dimilki tidak perlu dijual sebaliknya dipajakkan di Ar – Rahnu bagi mendapatkan pinjaman bercagar dengan kadar segera.
Pajak emas ada kos. Lebih kurang 1.15% sebulan.
Namun jangan pajak emas tanpa alasan kukuh kerana duit yang diterima hasil pajakan iaitu pinjaman perlu dibayar balik beserta dengan kos upah dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Secara amnya, teknik manipulasi pinjaman emas Ar – Rahnu hanya sesuai untuk dua situasi sahaja iaitu:
- Harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8%- 10%). Harga emas rendah, kos upah lebih rendah.
- Pajakan digunakan pada perkara yang menguntungkan seperti modal pusingan perniagaan yang mana keuntungan melepasi kos pajakan 1.15% sebulan.
Memajak di Ar- Rahnu adalah lebih mudah bagi 1 item emas untuk 1 surat pajak bagi memudahkan kita menebus satu persatu.
Jika 3 item emas didaftarkan dalam satu surat pajak, kita terpaksa menebus kesemuanya sekaligus.
Artikel ini disediakan oleh rangkaian G100 Network di bawah bimbingan Tuan Zulkifli Shafie dan diolah semula oleh penulis.