Orang tak kurang ilmu akan panik bila harga emas turun takut nilai emas jatuh dan rasa rugi selepas menabung.
Sedangkan harga emas dalam jangka masa pendek memang ada turun naiknya. Mana-mana pelaburan di dunia turun naik harga adalah normal.
Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas. Harga emas confirm naik dalam jangka masa panjang dan jika dibiarkan peram lebih lama, ia lebih menguntungkan.
Kita tak akan rugi selagi emas berada di tangan dan tidak dijual. Bila harga jatuh inilah masanya untuk kita tambah pelaburan dengan memborong emas. Harga emas jatuh ada satu bonus.
NAK PANTAU HARGA EMAS?
Jangan buang masa jika kita asyik pantau harga emas turun naik dan tunggu sehingga tidak membuat belian emas maka itu tidak menguntungkan. Sebagai gold saver kita kena fokus pada simpanan.
Hanya dalam 2 situasi kita boleh pantau harga emas:
1. Masa nak beli emas bila ada duit
2. Bila hendak menjual emas setelah capai target
Pembeli emas yang berilmu perlu konsisten membeli emas pada apa saja harga kerana kita boleh mengunakan teknik pemurataan harga untuk rendahkan kos per gram emas yang dibeli.
Kelak bila harga emas naik kita dah nampak keuntungnya.
Sebagai contoh, beli 1 gram emas pada harga RM265 dan kemudiannya beli lagi 1 gm RM255, maka harga purata adalah RM260.
Sama ada trend emas naik atau rendah, anda perlu beli emas secara konsisten. Ia akan membantu anda memdapat harga purata yang lebih baik. Inilah strateginya.
BERHENTI MENYIMPAN BILA HARGA TINGGI?
Bila konsisten membeli pada harga berbeza kita dapat buat kos pemurataan
Bila harga emas naik tinggi individu yang tidak berilmu akan sentiasa negatif lalu terus berhenti membeli emas. Mereka merasa rugi bila membeli emas pada harga yang tinggi.
Sebaliknya, menunggu agar harga turun kemudian baru hendak membeli. Tapi bila harga turun kita masih bertangguh kerana mengharapkan harga turun lagi sehinggakan duit akhirnya habis dibelanjakan.
Sebenarnya, membeli emas walaupun berbeza harganya tidak menjadi masalah. Untuk mencapai matlamat menyimpan emas kita perlu konsisten membeli sama ada harga tinggi atau rendah.
Bila konsisten membeli pada harga berbeza kita dapat buat kos pemurataan.
Contohnya, kita dah buat 5 kali pembelian pada harga yang berbeza, ada harga tinggi dan rendah. Kiraan berdasarkan harga pergram adalah: RM260, RM262, RM258, RM260, RM264
Jumlah kos belian: RM1,304 / 5 kali beli =RM260.8/gram (kos pergram).
Kita dapat berjimat bila membeli secara konsisten. Sebagai penyimpan emas harga naik turun bukan ukuran. Yang penting simpanan emas kita sentiasa bertambah.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://www.wasap.my/601119697894/Emas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Artikel ini disediakan oleh rangkaian G100 Network di bawah bimbingan Tuan Zulkifli Shafie dan diolah semula oleh penulis.