Ini kisah di Jerman. MEREKA BAKAR DUIT!
Eh eh dorang bakar duit kertas tu bukan sebab putus bercinta. Tapi disebab duit kertas dah menjadi sangat tak bernilai.
Hiperinflasi telah berlaku selepas kekalahan Jerman semasa perang dunia pertama. Waktu tu kayu bakar pun jauh lebih bernilai dari duit kertas.
Itulah sebabnya dorang guna duit kertas untuk nyalakan api berbanding kayu bakar. Laaaa…
Selepas kekalahan perang dunia pertama, Jerman terpaksa membayar balik semua kos – kos pemulihan negara – negara yang terjejas.
Masalahnya, Jerman tak dapat guna mata wangnya sendiri sebab nilai Papiemark telah melemah semasa perang bermula.
Apa taknya, Jerman berperang guna dana pinjaman. Bila nak bayar balik pinjaman, Jerman terpaksa gunakan mata wang asing.
Supaya Jerman dapat beli mata wang asing dengan lebih mudah, pemerintah Weimar Jerman pada waktu itu membuat keputusan untuk mencetak lebih banyak duit kertas Papiemark.
Alamakkk, memang lagi jatuhlah nilai wang Papiemark!
Bayangkan ye, harga roti yang awalnya bernilai 250 Papiemark pada Januari 1923 menjadi 200 Juta Papiemark pada November 1923.
Hinggakan ada satu kisah pasal seorang budak lelaki ni. Mak dia suruh dia pergi beli dua bungkus roti dengan duit yang ada.
Malangnya duit yang dia ada cuma mampu beli sebungkus roti je. Nampak kan betapa matawang boleh mencapai tahap kronik begini jatuhnya.
Bukan setakat susut nilai, nilai duit kertas sebenarnya matawang boleh menjadi sifar. Matawang kertas tiada nilai intrinsik yang melekat padanya.
Jika dibandingkan dengan emas dan perak, nilai emas dan perak berdiri dengan sendiri. Tak kisahlah Ketika waktu perang ataupun damai, di pelusuk bumi mana pun, emas dan perak pasti kekal bernilai.
Jadi, dalam kita menyimpan duit, jangan dilupakan emas dan perak. Penyelamat masa susah. 100 ringgit pun boleh beli emas sekarang. Jom daftar akaun GAP.
Artikel ini disediakan oleh rangkaian G100 Network di bawah bimbingan Tuan Zulkifli Shafie dan diolah semula oleh penulis.