Bila masa terbaik membeli emas?
Soalan ini sering ditanya oleh penyimpan atau pelabur baru emas.
Jawapan mudah, SEKARANG. Kenapa? Kerana harga emas ada turun naik nya.
Sebagai contoh, pada 2014 saya membeli emas berharga RM140/g tetapi ada yang membeli emas berharga sekitar RM200/g pada tahun 2011 (masa ini harga emas di puncak).
Bagaimana pula harga emas hari ini? Hari ini harga emas RM243/g (semasa artikel ini ditulis. 8 Mac 2021). Anda boleh rujuk harga semasa di website Public Gold.
Di sini kita dapat melihat, harga emas sentiasa berubah dan kita tidak tahu bila harga emas mahal atau murah. Disebabkan ini, saya kurang gemar melihat harga emas.
Saya cuma fokus kepada Berapa gram emas yang saya ada. Ini membuatkan saya lebih tenang dan tidak kisah harga emas naik atau turun.
Bila harga naik, saya gembira. Bila harga turun, saya lagi gembira.
Masa harga emas murah?
Masa harga emas murah adalah bergantung kepada harga emas pertama yang anda beli.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, emas pertama saya berharga RM140/g. Anda pula berapa?
Beli SEKARANG, baru lah tahu.
Anda boleh mulakan dengan membeli emas melalui akaun GAP. Dengan akaun GAP, anda boleh membuat pembelian serendah RM100 SAHAJA (0.4115 gram. Nilai ketika artikel ini ditulis. 8 Mac 2021).
Akaun GAP ialah akaun simpanan bersandarkan emas fizikal. Emas fizikal boleh dikeluarkan bila-bila masa anda suka.
Kesimpulannya, saya telah menetapkan matlamat untuk menyimpan atau melabur emas berdasarkan jumlah gram dan bukannya harga emas tersebut.
Saya sangat sarankan anda untuk tetapkan matlamat seperti itu juga. PERCAYA lah anda akan bertahan lama dalam pelaburan ini.
Wallahu a’lam.