Guna Wang iCitra KWSP dan Bank Moratorium Untuk Beli Emas

Artikel Emas

Wang iCitra dan Moratorium Untuk Beli Emas?

Ada yang bertanya kepada saya, sesuai atau tidak beli emas guna wang iCitra dan bank moratorium.

Pendapat saya, bergantung kepada situasi anda sendiri. Saya pecahkan kepada 3 kategori ini.

Simpanan Kecemasan Bawah 3 Bulan

Untuk sesiapa yang dalam kategori 1 ini, mentor saya sarankan fokus buat simpanan kecemasan dahulu.

Kenapa?

Jawapan ringkas. Wang ringgit lebih ‘cair’ berbanding emas.

Maksudnya, jika berlaku apa-apa kecemasan, anda boleh gunakan wang tersebut dengan segera.

asb vs tabung haji vs emas

ASB vs Tabung Haji vs Emas

Disarankan simpan wang kecemasan di dalam bank, ASB atau Tabung Haji.

Jika simpan emas, anda terpaksa jual atau pajak dulu emas tersebut sebelum boleh digunakan. Dah la nak guna wang segera, kita buang masa pula nak jual atau pajak emas.

Jadi, sangat penting untuk anda simpan wang iCitra dan bank moratorium itu untuk kecemasan dan penuhkan sehingga cukup 3 bulan gaji.

Bila dah rasa selesa sikit nanti, boleh la mula simpan emas serendah RM100.

Simpanan Kecemasan Atas 3 Bulan

Kategori 2 pula untuk yang mempunyai wang tunai yang agak mencukupi.

Pendapat saya secara peribadi, anda boleh beli emas untuk tujuan simpanan jangka panjang.

Rekod Emas 20 Tahun

Harga Emas Naik Lebih 600% Sejak 20 Tahun Lepas

TETAPI. Saya tidak sarankan guna semua wang iCitra dan bank moratorium untuk beli emas. Saya juga akan fokus tambahkan simpanan kecemasan kepada 6 bulan atau 1 tahun gaji.

Ini yang saya lakukan semasa pengeluaran KWSP iSinar dan iLestari dahulu. Hanya 10% daripada wang tersebut untuk beli emas.

Kenapa 10%? Pakar kewangan Azizi Ali ada menyatakan simpan 10% daripada aset kita dalam bentu emas. Saya bukan pakar, jadi saya ikut saja.

Nak mula simpan emas? Daftar Akaun Public Gold Percuma

Hutang

Akhir sekali, hutang. Ini yang paling penting. Jika ditanya simpan emas atau langsaikan hutang?

Anda pun tahu jawapan nya. Selesaikan hutang dulu. Lebih-lebih lagi kalau ada hutang kad kredit.

Kalau boleh selesaikan hutang cepat-cepat. Sebagai contoh, anda ada hutang kad kredit dan bayaran bulanan RM200.

Jika anda dapat selesaikan hutang tersebut, anda akan ada lebihan “cashflow” tiap-tiap bulan.

hutang emas

Hutang wajib dibayar

Perasaan bebas dari hutang tu lain macam. Puas dan tenang sangat-sangat. Nak simpan emas selepas itu pun mudah.

Ini juga yang saya lakukan dahulu. Mentor saya Tuan Zaidi Ismail pesan, keluarkan saja iSinar dan langsaikan terus hutang kad kredit.

 

Ini pengalaman saya sendiri semasa pengeluaran iSinar dan iLestari serta bank moratorium yang lepas. Untuk iCitra pun saya akan lakukan perkara yang sama.

Sama-sama kita dapat manfaatkan kemudahan ini dengan sebaik nya.

Semoga bermanfaat.

Wallahu’alam.

MULA SIMPAN EMAS

Jika anda ingin mula menyimpan emas, daftar akaun Public Gold secara percuma.

Artikel Lain

Sejarah Harga Emas Tertinggi Malaysia

Sejarah Harga Emas Tertinggi Malaysia

Hari ini 14 April 2023, harga emas Public Gold mencecah RM311/gram. Ini merupakan harga emas tertinggi dalam sejarah Malaysia. Berbanding dengan harga emas pertama yang saya beli pada tahun 2014....

Pajak Atau Jual Emas?

Pajak Atau Jual Emas?

Pada suatu masa, penyimpan emas mesti ada dilema nak pajak atau jual emas. Jika dahulu orang pergi ke Ar – Rahnu nampak seperti terdesak hendak memakai duit. Kini pergi ke Ar-Rahnu bukan lagi...

Emas Adalah Duit

Emas Adalah Duit

Percaya atau tidak, emas lebih sukar bocor jika dibandingkan dengan wang tunai. Wang tunai hari ni kalau kita nak guna, kita boleh pilih untuk pegi cucuk ATM, online transfer, ewallet dan...

Perlu Bantuan?