AWAS! Guna Barang Kemas Untuk Pelaburan

Artikel Emas

4 Kekurangan Barang Kemas Sebagai Pelaburan

  1. Harga per gram lebih mahal
  2. Kadar spread sangat tinggi
  3. Kos upah yang dimanipulasi
  4. Semakan harga sangat lambat

Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk PELABURAN. Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas, tanpa asas ilmu emas.

Ini amatlah merugikan. Apabila sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa.

Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya.

TETAPI, untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:

1. Harga per gram lebih mahal

Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 -15 % lebih mahal berbanding harga emas pelaburan 999.

Ini adalah biasa kerana adanya kos upah design emas perhiasan itu sendiri.

2. Kadar spread sangat tinggi

Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas.

Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25 – 40 % berbanding emas pelaburan 999 kurang dari 10%.

barang kemas

3. Kos upah yang dimanipulasi

Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya , lagi mahal kos upah yang dikenakan.

Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakal jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini.

Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang mahal.

4. Semakan harga sangat lambat

Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik!

Tetapi jika harga emas turun, biasanya kedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu.

Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.

 

Jadi, bagaimana nak atasi masalah ini?

Anda boleh mula menabung emas pelaburan 999 yang memiliki spread 3 kali lebih rendah, malah ada jaminan belian balik bagi emas jenama Public Gold.

Pastikan pilih jenama yang diakui kukuh di dalam pasaran ya.

JANGAN SALAH FAHAM.

Bukan bermaksud barang kemas itu tidak bagus. Cuma, untuk pelaburan emas 999 lebih sesuai.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila whatsapp saya di https://www.wasap.my/601119697894/Emas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Artikel ini disediakan oleh rangkaian G100 Network di bawah bimbingan Tuan Zulkifli Shafie dan diolah semula oleh penulis.

MULA SIMPAN EMAS

Jika anda ingin mula menyimpan emas, daftar akaun Public Gold secara percuma.

Artikel Lain

Sejarah Harga Emas Tertinggi Malaysia

Sejarah Harga Emas Tertinggi Malaysia

Hari ini 14 April 2023, harga emas Public Gold mencecah RM311/gram. Ini merupakan harga emas tertinggi dalam sejarah Malaysia. Berbanding dengan harga emas pertama yang saya beli pada tahun 2014....

Pajak Atau Jual Emas?

Pajak Atau Jual Emas?

Pada suatu masa, penyimpan emas mesti ada dilema nak pajak atau jual emas. Jika dahulu orang pergi ke Ar – Rahnu nampak seperti terdesak hendak memakai duit. Kini pergi ke Ar-Rahnu bukan lagi...

Emas Adalah Duit

Emas Adalah Duit

Percaya atau tidak, emas lebih sukar bocor jika dibandingkan dengan wang tunai. Wang tunai hari ni kalau kita nak guna, kita boleh pilih untuk pegi cucuk ATM, online transfer, ewallet dan...

Perlu Bantuan?