4 Ciri-ciri Penyimpan Emas Terbaik

Artikel Emas

Checklist Penyimpan Emas Terbaik

1. Fokus kepada penambahan gram

Kenapa fokus kepada gram? Seperti simpanan wang kertas, kita fokus kepada jumlah wang yang dikumpul.

Konsep yang sama digunakan dalam simpanan emas. Anda WAJIB menambah jumlah gram emas dalam masa yang anda tetapkan.

TETAPI, masih ada sesetengah orang yang melihat nilai RM pada emas yang dimilikinya. Pemikiran sebegini harus dikikis sekiranya anda ingin menjadi penyimpas emas TEGAR.

Jika anda mempunyai bajet yang kecil, anda boleh menyimpan 1g emas setiap bulan melalui akaun GAP Public Gold.

2. Emosi stabil dengan turun naik harga emas

Emosi sangat penting sekiranya anda ingin menjadi penyimpan emas terbaik. Kebiasaannya, emosi terganggu apabila harga emas turun terutama penyimpan emas baru termasuk saya dahulu.

Walaubagaimanapun mentor saya (Mohd Zulkifli Shafie) menasihatkan jangan peduli tentang harga emas turun atau naik. Simpan sahaja untuk jangka masa panjang (5 tahun ke atas).

IMG 3999

3. Beli emas apabila ada duit untuk simpanan jangka panjang

Ini ciri-ciri yang WAJIB dimiliki seorang penyimpan emas. Cara yang terbaik membeli emas adalah dengan menggunakan duit lebihan daripada pendapatan.

Dengan menggunakan duit lebihan, poin nombor 1 & 2 tidak akan menjadi masalah buat anda. Anda akan rasa lebih tenang dan dapat mencapai target simpanan emas dalam masa yang singkat.

Jangan tunggu harga emas murah, beli dulu, monitor kemudian

 

4. Tidak menunggu harga emas murah untuk beli emas

Cuba anda fikir sejenak. 10-15 tahun lepas, kalau anda perasan ibu bapa kita ada mengatakan harga emas mahal. Cuba anda bandingkan harga pada masa itu dengan sekarang.

Yang mana lagi murah atau terbaik? Mestilah 15 tahun lepas kan. Jika, ibu bapa kita beli emas sejak tahun 2005, cuba bayangkan harga emas mereka sekarang.

Sebab itu mentor saya Tuan Zulkifli tekankan, BELI DULU, monitor kemudian. Sejak saya menyimpan emas dari tahun 2014, sekarang baru saya faham maksud beliau.

Jika anda praktikkan 4 ciri-ciri ini, Insha Allah anda akan menjadi penyimpan emas yang TERBAIK.

Semoga bermanfaat.

Wallahu ‘alam.

MULA SIMPAN EMAS

Jika anda ingin mula menyimpan emas, daftar akaun Public Gold secara percuma.

Artikel Lain

Sejarah Harga Emas Tertinggi Malaysia

Sejarah Harga Emas Tertinggi Malaysia

Hari ini 14 April 2023, harga emas Public Gold mencecah RM311/gram. Ini merupakan harga emas tertinggi dalam sejarah Malaysia. Berbanding dengan harga emas pertama yang saya beli pada tahun 2014....

Pajak Atau Jual Emas?

Pajak Atau Jual Emas?

Pada suatu masa, penyimpan emas mesti ada dilema nak pajak atau jual emas. Jika dahulu orang pergi ke Ar – Rahnu nampak seperti terdesak hendak memakai duit. Kini pergi ke Ar-Rahnu bukan lagi...

Emas Adalah Duit

Emas Adalah Duit

Percaya atau tidak, emas lebih sukar bocor jika dibandingkan dengan wang tunai. Wang tunai hari ni kalau kita nak guna, kita boleh pilih untuk pegi cucuk ATM, online transfer, ewallet dan...