Checklist 5 sebab emas simpanan terbaik sepanjang zaman
- Aset fizikal mampu milik
- Bernilai sepanjang zaman
- Aset mudah alih
- Disiplin dalam membuat simpanan
- Mudah dicairkan
1. Aset fizikal mampu milik
Tidak seperti aset fizikal lain seperti hartanah, emas boleh dimiliki dengan harga yang jauh lebih murah.
Sekarang, anda boleh membeli emas serendah RM100.
2. Bernilai sepanjang zaman
Datuk dan nenek kita dahulu memiliki barang kemas berupa emas.
Topik emas ini sentiasa dibincangkan sejak zaman dahulu lagi.
Malah sebelum wujudnya wang kertas, emas dan perak digunakan sebagai matawang.
3. Aset mudah alih
Emas mudah dibawa ke mana-mana. Jika anda terpaksa meninggalkan tempat kediaman, anda boleh membawa emas anda ke tempat yang baru.
TAHUKAH ANDA? Emas sangat laku di mana-mana negara berbanding jika anda membawa wang ringgit Malaysia. Kebarangkalian untuk mereka tidak menerima RM sangat tinggi.
4. Disiplin dalam membuat simpanan
Aura emas adalah simpan, manakala aura wang kertas adalah belanja.
Perasaan untuk berbelanja lebih tinggi jika kita melihat RM1000 dalam tangan berbanding 1 dinar emas. Betul kan?
Jadi simpanlah emas, saya yakin anda boleh menyimpan dengan disiplin.
TETAPI, jangan salah anggap. Bukanlah satu kewajiban untuk anda menukarkan semua wang anda kepada emas.
Mentor saya sarankan hanya tukar 10% daripada pendapatan anda kepada emas.
5. Mudah dicairkan
Emas juga mudah dicairkan jika terpaksa. Bila emas boleh dicairkan?
Apabila simpanan kecemasan anda sudah habis atau anda ingin membeli aset lain seperti hartanah.
Anda boleh jual emas di Public Gold ataupun pajak di Ar-Rahnu.
Jika anda ingin mula menyimpan emas serendah RM100, anda boleh mendaftar akaun percuma dan membuat pembelian emas GAP.
Semoga bermanfaat.
Wallahu’alam.