10 Kesilapan Pelabur Emas

Artikel Emas

Terdapat 10 kesilapan pelabur emas

1. Melabur tanpa ilmu

Perkara ini biasa. Ini pernah juga terjadi kepada saya. Tidak kisah apa jenis pelaburan.

Apabila melihat orang melabur, kita pun nak melabur walaupun tidak faham selok belok pelaburan tersebut. Ini dinamakan FOMO(Fear Of Missing Out). 

Akhirnya, wang pun melebur. Sama juga dengan pelaburan emas, asas pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang. Iaitu 3 tahun ke atas.

Jika wang yang anda perlukan dalam masa kurang 3 tahun, elakkan beli emas. Anda boleh simpan wang tersebut dalam instrumen lain seperti ASB atau Tabung Haji.

2. Tunggu harga emas paling rendah untuk pembelian pertama

Ini normal untuk pelabur baru. Masalah nya kita tidak tahu berapa harga yang dikatakan rendah. Kita juga tidak tahu bila harga emas akan rendah.

Gold Chart

Harga Emas sejak tahun 2000

Jadi, macam mana untuk mengatasi masalah ini?

Mudah. Beli saja dulu emas. Tidak perlu risau pasal harga. Disini anda akan meletakkan harga “benchmark” emas anda sendiri.

Lepas tu boleh monitor harga emas sekali sekala. Sekarang anda sudah tahu harga emas itu rendah atau tinggi berbanding harga benchmark anda tadi. Mudah bukan?

TIPS! Disarankan beli emas menggunakan akaun GAP untuk pembelian pertama.

3. Beli emas menggunakan duit yang bakal digunakan dalam masa terdekat

Seperti yang saya nyatakan dalam poin 1 tadi, kalau boleh elakkan guna duit yang bakal digunakan dalam masa terdekat.

Saya sangat galakkan anda guna wang lebihan dalam pelaburan emas. Ini dapat mengawal emosi anda untuk jangka masa yang panjang.

Emas seperti pelaburan lain, ada turun naik nya. Tetapi, berdasarkan sejarah harga emas untuk jangka masa panjang, ianya tetap naik.

Rekod Emas 20 Tahun

Harga emas naik lebih 600% dalam masa 20 tahun

4. Membeli emas pelaburan di kedai emas

Jangan salah faham. Tidak salah jika anda ingin beli emas di kedai emas. Sebelum anda membuat pembelian, bandingkan harga emas di tempat lain seperti bank dan Public Gold.

Lihat kepada 5 kriteria penting ini.

  • Harga per gram rendah
  • Susut nilai rendah
  • Stok tiada terhad
  • Cawangan jual beli banyak
  • Syarat jual beli mudah

Selepas anda membuat perbandingan, anda boleh pilih yang mana sesuai dengan matlamat pelaburan anda.

5. Membeli barang kemas

Tidak salah untuk membeli barang kemas. Tetapi, untuk pelaburan, ianya kurang sesuai.

Kenapa? Lihat rajah di bawah.

emas 999 vs barang kemas

Emas 999 vs Barang Kemas

MULA SIMPAN EMAS

Jika anda ingin mula menyimpan emas, daftar akaun Public Gold secara percuma.

6. Beli emas menggunakan wang pinjaman

Ini tidak perlu diulas panjang. Boleh dikatakan semua jenis pelaburan, SANGAT TIDAK digalakkan guna wang pinjaman.

Kecuali hartanah, itupun anda WAJIB ada ilmu dalam hartanah. Kita pun tahu, ramai juga yang kecundang dalam pelaburan hartanah.

Sama juga dengan pelaburan emas. Harus diingatkan, emas tiada dividen seperti ASB atau Tabung Haji.

asb vs tabung haji vs emas

ASB vs TH vs Emas

Keuntungan dalam pelaburan emas hanya dikira dengan peningkatan harga emas. Jadi, kemungkinan kita akan menunggu masa yang lama untuk harga emas naik.

Wang pinjaman akan menggangu emosi kita. Bayangkan setiap bulan kita bayar dekat bank tetapi pulangan emas belum dapat menampung komitmen bulanan.

7. Membeli emas paling murah tanpa mengira faktor-faktor lain

Paling murah tidak semestinya bagus. Ada lagi faktor-faktor lain yang perlu kita ambil kira.

Contoh nya 5 kriteria penting yang saya nyatakan pada poin 4 tadi.

8. Pajak emas tanpa alasan yang kukuh dan tidak faham teknik yang digunakan

Nak pajak emas pun perlukan ilmu. Secara peribadi, saya belum lagi pajak emas.

Tetapi, secara asasnya tanya diri sendiri, mampukah saya tebus balik emas itu nanti?

Nak tahu info lanjut pasal pajak emas, boleh baca artikel mentor saya Tuan Zulkifli, Pajak Emas atau Jual Emas?

9. Membuka sarung plastik kekal

Jika anda mempunyai emas yang di dalam plastik kekal, kalau boleh jangan buka jika anda ada niat untuk menjual atau pajak pada masa akan datang.

Sebab ada sesetengah tempat tidak akan terima emas yang sarung tekah dibuka. Untuk selamat, biar emas itu dalam keadaan asal.

IMG 5219

Emas 20 gram dalam plastik kekal

10. Menjual emas di tempat yang salah

Poin terakhir, jual emas ditempat yang salah. Salah macam mana? Nilai jualan terlalu rendah berbanding dengan harga beli.

Ini ada dijelaskan juga dalam 5 kriteria emas yang saya ulas sebelum ini.

Sebaik-baik nya cari tempat yang susut nilai emas yang rendah. Secara peribadi, saya akan pilih Public Gold kerana faktor ni.

Semoga bermanfaat.

Wallahu a’alam.

MULA SIMPAN EMAS

Jika anda ingin mula menyimpan emas, daftar akaun Public Gold secara percuma.

mohdhasnol.com

Mohd Hasnol

Saya merupakan authorised dealer Public Gold (PG051219) di bawah rangkaian G100 Network kendalian Tuan Zulkifli Shafie.

Saya telah mula menyimpan emas sejak tahun 2014 dan mengambil keputusan untuk menjadi dealer untuk membantu orang ramai dalam membuat simpanan atau pelaburan emas.

Jom sertai kami.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Lain

Pajak Atau Jual Emas?

Pajak Atau Jual Emas?

Pada suatu masa, penyimpan emas mesti ada dilema nak pajak atau jual emas. Jika dahulu orang pergi ke Ar – Rahnu nampak seperti terdesak hendak memakai duit. Kini pergi ke Ar-Rahnu bukan lagi...

read more
Emas Adalah Duit

Emas Adalah Duit

Percaya atau tidak, emas lebih sukar bocor jika dibandingkan dengan wang tunai. Wang tunai hari ni kalau kita nak guna, kita boleh pilih untuk pegi cucuk ATM, online transfer, ewallet dan...

read more

Pin It on Pinterest

Perlu Bantuan?