Cara Beli Emas Akaun GAP Secara Manual

Akaun GAP & SAP | Tutorial Emas

Sebelum itu… Kenapa kita perlu beli emas secara manual?

Kan boleh beli guna FPX? Ya betul, jika keadaan biasa kita boleh membuat pembelian emas menggunakan FPX.

TETAPI… Bagaimana sekiranya laman web Public Gold “down”?

Ya, keadaan ini pernah terjadi pada Februari 2021 apabila Public Gold mengeluarkan emas 1g edisi Masjidil Haram Mekah.

Public Gold Patuh Syariah

Edisi Masjidil Haram Mekah

Semasa edisi ini dikeluarkan, majoriti penyimpan emas tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkannya.

Ini menyebabkan laman web Public Gold “down” hampir 24 jam!

Disebabkan masalah ini, pembelian secara manual sangat diperlukan!

Jom kita lihat cara-cara nya.

Laman web Public Gold “down” semasa emas 1g edisi Masjidil Haram Mekah dikeluarkan.

Tutorial cara beli emas akaun gap secara manual

1. Transfer (secara online atau pakai mesin ATM) duit ke akaun Public Gold mengikut harga per gram di web (atau minimum RM100) atas nama “Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

Beli emas secara manual

2. Simpan slip pembayaran untuk “upload” dalam laman web Public Gold (jika laman web sudah pulih seperti biasa)

3. Jika laman web Public Gold sudah pulih, sila login di https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login

4. Klik pada “MY GAP” dan pilih “Classic Site

5. Klik “Purchase

6. Masukkan Payment Date / Time berdasarkan apa yang tertera pada slip bayaran.

7. Klik “Choose File” dan “upload” slip pembayaran.

8. Klik “Request“. Selesai.

PERHATIAN!

Semak “GAP Statement” selepas 2 hari bekerja. Jika masih tiada “update”, sila hubungi Call Centre di laman web Public Gold.

Semoga bermanfaat.

Wallahu a’lam.

MULA SIMPAN EMAS

Jika anda ingin mula menyimpan emas, daftar akaun Public Gold secara percuma.

Artikel Lain

Perlu Bantuan?